Bulan: Julai 2020

Memelihara Dunia Tuhan 

“Ayah, mengapa ayah perlu pergi bekerja?” Anak perempuan saya yang masih kecil menanyakan soalan ini kerana dia ingin bermain dengan saya. Saya lebih suka menghabiskan waktu dengan anak saya daripada bekerja, tetapi saya perlu melengkapkan senarai tugas yang panjang di pejabat. Bagaimanapun, persoalannya itu sangat baik. Mengapakah kita bekerja? Adakah ia semata-mata untuk menyara diri sendiri dan orang yang kita sayangi? Bagaimanakah pula dengan pekerjaan yang tidak diberi upah—Mengapakah kita melakukannya?

Dikhianati

Pada tahun 2019, pameran seni di seluruh dunia memperingati ulang tahun yang ke-500 kematian Leonardo da Vinci. Walaupun banyak lukisan dan penemuan saintifiknya dipamerkan, hanya 5 lukisan diterima sejagat sebagai karya hasil da Vinci, termasuk Perjamuan Malam Terakhir. 

Terus Bekerja Keras!

Tuhan suka memakai orang yang dipandang rendah oleh dunia. William Carey dibesarkan di sebuah kampung kecil pada tahun 1700-an dan tidak menerima pendidikan formal. Dia kurang berjaya dalam perniagaannya dan hidup dalam kemiskinan. Tetapi Tuhan memberikannya semangat untuk berkongsi berita baik dan memanggil dia menjadi seorang penginjil. Carey mempelajari bahasa Yunani, Ibrani dan Latin. Dia akhirnya menterjemahkan Perjanjian Baru yang pertama kepada bahasa Benggali. Pada hari ini dia dianggap sebagai “Bapa Misi Moden”. Namun dalam surat kepada anak saudaranya, dia memberikan penilaian yang rendah hati mengenai kebolehannya: “Saya terus berusaha. Saya terus bertahan.”

Bekas Luka-Nya

Selepas perbualan saya dengan Grady, saya tertanya-tanya mengapa dia lebih suka menyapa orang dengan gaya adu kepalan tangan” (fist bump) dan bukan berjabat tangan. Rupa-rupanya dengan berjabat tangan itu akan mendedahkan bekas luka pada pergelangan tangannya, akibat cubaan untuk mencederakan dirinya. Kita memang biasa menyembunyikan luka kita—luaran atau dalaman—yang diakibatkan oleh orang lain ataupun diri sendiri.